Khamis, 10 Disember 2009

Jika kau ....

Jika kau
Ingin belajar lagi
Cuba belajar di sini
Banyak bidang boleh diteroka
Banyak ilmu boleh ditimba
Jika kau
Ingin bercinta lagi
Cuba bercinta di sini
Dalami ruang lingkup
Dan situasi di sini
Ceriakan mindamu dengan informasi
Cintamu akan berputik semula
Jika kau
Ingin kembali kepada
Alam pembelajaran
Cuba kau alaminya di sini
Betapa bahagianya menjadi
seorang pelajar
sekaligus memikul
tanggungjawab keluarga
walau mencabar
dan tercabar
namun
dalam kepayahan
terselit jua kemanisan

karya : Nurmidaim

Tiada ulasan: