Khamis, 10 Disember 2009

impian dan pengorbanan




Tahun demi tahun telah berlalu
Tibalah kini tahun penentu
Menggapai impian nan satu
Pulang bawa idaman kalbu

Telah dirasai jerih payah kehidupan
Lantaran pelajaran diutamakan
Hanya pengorbanan
Yang menjadi sandaran

Namun kesetiaan dan kesabaran
Berjaya mendidik jiwa insan
Bukan mudah untuk mendapatkan berlian
Kerlipan yang menjadi kebanggaan

Berbagai rintangan telah dihadapi
Cubaan terakhir tetap dilalui
Bersama tekad dan azam dihati
Untuk menamatkan perjuangan suci
Bagi meraih gelaran siswazah yang berdedikasi

Begitulah perjalanan hidup insan
Menuntut ilmu tetap diteruskan
Usia bukanlah menjadi alasan
Menuntut ilmu dalam meniti kehidupan
Teruskan usaha jangan ada rasa segan
Agar menjadi contoh dan teladan
Buat generasi muda di masa hadapan

Tiada ulasan: