Sabtu, 20 Disember 2014

RAHSIA WUDUK

Wuduk Dapat Menghindari Penyakit

Salah satu daripada pintu masuk kekotoran ke dalam tubuh, adalah melalui lubang hidung. Pelbagai kotoran dan debu yang berterbangan dan tidak terlihat oleh mata, boleh tersedut masuk ke dalam hidung. Tambahan pula dengan pencemaran udara yang disebabkan oleh asap kenderaan bermotor terutamanya yang tinggal di kawasan bandar.
Hal yang demikian ini,  boleh menyebabkan kesihatan kita terganggu. Oleh itu, sebaiknya kita sentiasa menjaga kebersihan hidung dengan cara membersihkannya menggunakan air, iaitu dengan cara memasukkannya (menyedut) ke dalam hidung kemudian dihembuskan kembali.

Semasa berwuduk, kita disunatkan menyedut air melalui hidung dan dikeluarkan melalui mulut. Cara ini adalah cara efektif ISPA (Jangkitan Saluran Pernafasan Akut), TBC, dan kanser secara awal.

Melalui kajian yang dilakukan oleh pakar, dijelaskan bahawa jika berwudhuk dengan sempurna akan menyebabkan seseorang itu  terhindar daripada penyakit.
Berdasarkan kajian juga,  orang yang tidak berwuduk warna hidung mereka sedikti pudar dan berminyak kerana terdapat banyak kotoran dan debu. Ditambahkanya, rongga hidung mereka itu mempunyai permukaan yang melekit dan berwarna gelap. Adapun orang-orang yang teratur dalam berwuduk, permukaan rongga hidungnya tampak cemerlang, bersih, dan tidak berdebu.

Selain itu,  jumlah kuman akan lebih banyak terdapat pada rongga hidung orang yang tidak berwuduk dan itu menjadi tempat pertumbuhan kuman penyakit.  Keadaan tersebut akan mempercepatkan pertumbuhan dan penularan penyakit-penyakit lain.
Sementara itu, orang yang sentiasa berwuduk,hidung mereka kelihatan bersih daripada kekotoran dan pertumbuhan mikroorganisma.
Dalam hal ini, ternyata wuduk mengandungi hikmah yang sangat besar manfaatnya bagi kesihatan seseorang sebagaimana sabda Rasulullah  SAW : “Sempurnakan wuduk, lakukan istinsyaq, iaitu memasukkan air ke dalam lubang hidung, kecuali jika kamu berpuasa.”
Bagi individu yang rajin berwuduk dengan melakukan istinsyaq dan istintsar (mengeluarkan air dari hidung), kemudian melanjutkannya dengan mendirikan solat, maka hal itu dapat menghilangkan 11 kuman penyakit berbahaya yang ada di dalam lubang hidung, terutama dalam hal gangguan pernafasan, radang paru-paru, panas rumatik, penyakit rongga hidung dan sebagainya.
Bagaimana jika seseorang itu tidak bersolat, pastinya tidak berwuduk.  Oleh yang demikian tidak mustahil masalah pernafasan akan berlaku.
Saluran nafas atau deria bau terdapat di hidung pada lapisan selaput lendir. Indera ini dapat menerima rangsangan berupa bau  oleh sel pembau. Sel pembau mempunyai hujung-hujung berupa rambut halus, yang dihubungkan dengan urat saraf melalui tulang saringan dan bersatu menjadi urat saraf elfektori menuju pusat pencium bau di otak. Indera ini dapat membantu indera pengecap (lidah) menaikkan selera makan.
Jika seseorang itu terkena influenza (selsema dan flu), maka deria bau akan mengalami gangguan dan akan kurang mampu dalam menerima rangsangan bau.  Disebabkan inilah kita akan kurang berselera makan ketika mengidap selesema.

Hidung juga menjadi alat penapisan. Di dalam rongga hidung terdapat rambut-rambut yang berfungsi menapis habuk-habuk yang akan masuk ke dalam hidung bersama dengan udara. Adanya indera pembau dalam rongga hidung boleh menyebabkan gas yang tidak enak baunya dan tidak berguna bagi tubuh akan dapat dielakkan.

Setiap kali orang yang berwuduk membersihkan dan membasuh hidungnya,  maka kuman penyakit seperti sinusitis atau resdung, influenza (selesema ) bronchitis, dan lain-lain akan beransur-ansur hilang.  Begitulah faedah yang boleh diambil daripada amalan membasuh hidung ini yang mempunyai makna berganda iaitu untuk kesihatan fizikal dan kesihatan jiwa.

RAHSIA SOLAT SUNAT DHUHA

 SOLAT SUNAT DHUHA





Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12tgh). Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

Waktu shalat dhuha dimulai dari matahari yang mulai terangkat naik kira-kira sepenggelah dan berakhir hingga sedikit menjelang masuknya waktu zhuhur meskipun disunnahkan agar dilakukan ketika matahari agak tinggi dan panas agak terik.

Adapun diantara keutamaan atau manfaat shalat dhuha ini adalah apa yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan Ahmad dari Abu Dzar bahwa Rasulullah saw bersabda,”Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab setiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh orang lain agar melakukan amal kebaikan adalah sedekah, melarang orang lain agar tidak melakukan keburukan adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat dhuha.”

Juga apa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Buraidah bahwa Rasulullah saw bersabda,”Dalam tubuh manusia itu ada 360 ruas tulang. Ia harus dikeluarkan sedekahnya untuk tiap ruas tulang tersebut.” Para sahabat bertanya,”Siapakah yang mampu melaksanakan seperti itu, wahai Rasulullah saw?” Beliau saw menjawab,”Dahak yang ada di masjid, lalu pendam ke tanah dan membuang sesuatu gangguan dari tengah jalan, maka itu berarti sebuah sedekah. Akan tetapi jika tidak mampu melakukan itu semua, cukuplah engkau mengerjakan dua rakaat shalat dhuha.”


Didalam riwayat lain oleh Bukhori dan Muslim dari Abu Hurairoh berkata,”Nabi saw kekasihku telah memberikan tiga wasiat kepadaku, yaitu berpuasa tiga hari dalam setiap bulan, mengerjakan dua rakaat dhuha dan mengerjakan shalat witir terlebih dahulu sebelum tidur.”




Sabtu, 27 September 2014

11 Manusia Terpilih yang didoakan Malaikat

1. Berwuduk sebelum tidur

2. Menunggu waktu solat

3. Solat di saf hadapan

4. Penyambung saf solat

5. Menyebut amin selepas imam selesai membaca alFatihah

6. Tunggu selepas solat sambil berzikir

7. Solat Subuh dan Asar berjamaah

8.Mendoakan saudara tanpa pengetahuannya

9. Bersedekah/infak harta pada jalan Allah

10. Menziarahi saudara yang sakit

11.Bersahur sebelum mula puasa


Anugerah Terindah

ANUGERAH TERINDAH

Langit membiru,
Awan memutih,
Gunung-ganang menghijau,
Subhanallah
Maha Suci Allah,
Kebesaran-Mu
Allahhuakbar
Memukau pandanganku
Lantas kupanjatkan kesyukuran
Pada Maha Pencipta
Anugerah terindah
Sepasang mata yang boleh 
melihat, memandang dan meneroka,
alam ciptaan-Mu
menghayati keindahan fatamorgana
Justeru menghargai pemberian-Mu
Adalah selayaknya
Agar anugerah terindah ini
tidak disiakan
Pandangan perlu dijaga
dari melihat sesuatu
yang tidak diredai-Mu
Ya Allah,
bantulah hamba-Mu ini
dalam mencari keredaan-Mu

Nukilan : nur irmazairi


Ahad, 31 Ogos 2014

Sempena Kemerdekaan ke-57

Sajak Kisah Cinta

Di sini,
bermulanya sebuah kisah
Perjuangan dan pengorbanan
Darah mengalir di bumi bertuah
Jasad terbujur diratah senjata musuh
Bersama deraian air mata
Para pejuang tidak pernah kalah
Sentiasa di hadapan demi negara tercinta

Di sini,
Di bumi bertuah ini,
Kita bangunkan monumen sejarah
Demi para pejuang yang sudah
Demi negara dan maruah
Agar tercerita semua kisah

Di sini,
Kisah terungkap
Dalam denyut nadi tersisa
Merdekakah kita
Hanya dengan ungkapan cinta
Merdekakah kita
Jika masih ditakuk lama
Merdekakah kita
Andai sikap asal boleh saja

Di sini
Andai lahirnya sebuah cinta
Perlu ada perjuangan
Disulami pengorbanan
Dihayati dengan mendalam
Dilaksanakan dalam tindakan
Agar cinta tidak terkubur
Terus segar dan mekar
walau jasad dikandung tanah


di sini, terciptalah sajak,  ilham NUR IRMAZAIRI
tanggal 31 Ogos 2014



Ahad, 11 Mei 2014

Permaisuri Hatiku

Bonda,
hatiku terasa sunyi dan sepi
tatkala dirimu berangkat 
meninggalkan tanah air

Bonda, 
hatiku sayu dan hiba
tatkala tidak dapat turut serta
mengiringi pemergianmu
ke tanah suci

Bonda,
hanya doa kupohon 
dari kejauhan
agar dipermudahkan 
segala urusan

Bonda,
hanya doa kutitpkan
pada yang Maha Esa
agar dirimu sentiasa
dalam peliharaan-Nya

Bonda,
kau adalah RATU hidupku
kau PERMAISURI dalam hatiku

Bonda,
Semoga perjalananmu beroleh keberkatan 
daripada Maha Pencipta


nukilan rasa : Nur Irmazairi  11/05/2014

Amalan Baik Pada Waktu Pagi




1.Menyapu muka
 Perbuatan ini memang menjadi amalan Rasulullah SAW tatkala bagun pagi berdasarkan satu hadith yang bermaksud:
“Rasulullah bangun tidur, kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.”(Riwayat Muslim) 
 2. Berdoa
Salah satu sebab kenapa kita perlu berdoa sebaik sahaja bangun dari tidur adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT.

3. Bersugi (Memberus Gigi)
 .Setelah berdoa dan menyapu muka, bolehlah kita bersugi atau menggosok gigi. Hal ini boleh dirujuk dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila Rasulullah s.a.w bangun daripada tidur, baginda akan membersihkan mulutnya dengan bersugi.” (Muttafaq ‘alaih) 
 4. Membasuh kedua-dua belah tangan
Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya membasuh kedua-dua belah tangan di waktu pagi kerana semasa tidur, kita tidak tahu ke mana tangan kita bergerak. Perkara ini dinyatakan dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur.”(Mutaffaq ‘alaih) - 
 5. Beristinthar
Perkataan Beristinthar bermaksud perbuatan memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskan kembali .
Rasulullah SAW menyuruh kita beristinthar di waktu pagi kerana syaitan suka bermalam di batang hidung. Boleh rujuk maksud hadith di bawah ini.
Rasulullah S A W bersabda yang bermaksud : “apabila seorang antara kalian bangun tidur, maka berwuduklah dan kemudian beristintharlah sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya.” (Riwayat al-Bukhari) 

Selain 5 amalan yang dinyatakan di atas, kita digalakkan memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT dan berzikir.
Tunaikan solat berjemaah sama ada di rumah ataupun di masjid. Sebaik-baiknya berjemaah di masjid.
Selepas solat Subuh, kita juga digalakkan membaca Al-Mathurat. Al-Mathurat adalah himpunan doa-doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang di susun oleh Hassan Al-Banna.
Kemudian, cari sedikit masa untuk melakukan solat Dhuha.
Marilah kita beramal dengan Amalan Baik Di Waktu Pagi. Amalan yang ringkas tetapi ikhlas dan istiqamah baolamat diiktiraf oleh Allah SWT.

Amalan yang paling disukai di sisi Allah Taala ialah sesiapa yang melakukan amalan itu secara berterusan sekalipun sedikit.” (Riwayat Muslim).

SUMBER : MYIBRAH.COM 

Khamis, 8 Mei 2014

13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH SETIAP WANITA MUSLIM

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. 

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

*Sumber dari www.cahayaislam.net

Ahad, 13 April 2014

Rahsia Di Sebalik Solat Sunat Tahajjud



 Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. 

Kurniaan di dunia ialah:-

  • Jauh daripada segala penyakit
  • Lahir kesan taqwa pada wajahnya
  • Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
  • Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
  • Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
 Manakala kurniaan di akhirat ialah:-
  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
  • Dipermudahkan hisab
  • Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
  • Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”


Ahad, 6 April 2014

Rahsia Surah Al-Fatihah Dari Sebuah Penelitian Matematik


Rahsia Surah Al-Fatihah Dari Sebuah Penelitian Matematik

Surah Ke 1 : 7 ayat
  1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
  3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  4. Yang menguasai hari pembalasan.
  5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
  6. Tunjuklah kami jalan yang lurus.
  7. (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi) dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
KEHEBATAN AL-FATIHAH
  • RUKUN BAGI IBADAT SOLAT
Sabda Rasul: “tidak ada solat bagi orang yang tidak membacakan Al-Fatihah di dalamnya (solatnya)”. – dari Anas bin Malik r.a
  • PENYEMBUH PENYAKIT
Adbullah bin abas r.a. telah berkata, : Pada suatu hari, Husain bin Ali iaitu cucunda Rasulullah telah mengalami satu kesakitan yang menyebabkan nabi berdukacita. Lalu nabi mengambil satu bejana yang berisi air dan terus membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali”.
  • SURAH TERISTIMEWA UNTUK NABI MUHAMMAD S.A.W.
“Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan kepadaku sebuah surah (Al-Fatihah) yang tidak diturunkanNya kepada sesiapa pun daripada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelumku”. – riwayat Ibnu Abbas
  • SETARAF DENGAN DUA PERTIGA AL-QURAN
  • SURAH TERAGUNG DI ANTARA SURAH-SURAH AL-QURAN
  • SURAH YANG SECARA LANGSUNG MEMBENTUK KOMUNIKASI AGUNG ANTARA MAKHLUK DAN PENCIPTA ALAM.
  • TIADA PERSAMAAN DALAM KITAB TAURAT, INJIL, ZABUR DAN AL-QURAN.
KOD METAMATIKA AL-FATIHAH
AYAT
JUMLAH HURUF
JUMLAH NILAI HURUF
1
19
1
786
21
3
2
18
9
582
15
6
3
12
3
618
15
6
4
11
2
241
7
7
5
19
1
836
17
8
6
19
1
1073
11
2
7
44
8
6010
7
7
142
7
10146
12
3
YANG TERSURAT & TERSIRAT…
1. Al-Fatihah terdiri dari ayat. Diturunkan di Mekah, sebelum Rasul berhijrah. Surah yang PERTAMA turun dengan kandungannya yang melengkapi satu surah.
2. Al-Fatihah terdiri dari 142 huruf (1+4+2=7). Dan Al-Fatihah terbina dari 21 (3X7) huruf-huruf yang berbeza-beza. Ada 7 huruf yang tiada dalam surah ini iaitu:fa , jim, shin, tha,   thaw, kha  dan zay.
3. Ayat ke 4 adalah ayat yang ditengah-tengah pada surah ini, jumlah nilai huruf pada ayat ini adalah 241 @ 2+4+1=7.
4. Ayat akhir iaitu ayat 7 memiliki jumlah nilai huruf 6010 @ 6+0+1+0=7.
5. Huruf Zay yang memiliki nilai huruf 7 tidak muncul dalam surah ini.
6. Huruf Dzal yang memiliki nilai huruf 700 muncul sebagai huruf ke 7 dalam ayat yang ke 7.
7. Huruf Aliff adalah huruf yang paling banyak muncul dalam surah ini iaitu  25 (2+5=7) kali.
8. Surah ini dimulai dengan huruf BA (nilai huruf 2) pada ayat 1dan diakhiri dengan huruf NUN (nilai huruf 50) pada ayat 7. Maka 2+50=52 @ 7.
9. Al-Fatihah merupakan Surah Pertama di dalam Al-Quran (Pembuka Kitab). ‘Bismillahirrahmanirrahim’ merupakan ayat 1 dan terbina dengan susunan 19 huruf (1+9=10 = 1 @ ayat pertama).
10. Jumlah keseluruhan huruf ada 142 manakala jumlah nilainya adalah 10146, jika dihitung kesemuanya 1+4+2+1+0+1+4+6=19 @ 1 -Surah Pertama.
11. Selain ayat 1, pada ayat 5 & 6 bilangan huruf pada ayat-ayat tersebut juga adalah 19huruf.
12. Jumlah nilai huruf keseluruhan surah BOLEH dibahagi dengan 19 iaitu 10146÷19=534 @ 5+3+4=12 = 3.
13. Ayat 1 dalam surah ini memiliki jumlah nilai huruf 786 @ 7+8+6=21= 3.
14. Jumlah nilai huruf keseluruhan surah adalah 10146 @ 1+0+1+4+6=12=3.
15. Ayat yang ke 3 terdiri daripada 12 huruf @ 1+2=3.
16. Huruf JIM yang memiliki nilai huruf 3 dan huruf SYIIN yang memiliki nilai huruf 300 tidak muncul dalam surah ini.
17. Huruf LAM yang memiliki nilai huruf 30 muncul 22 kali dalam surah ini. Maka 30 X 22 = 660 @ 6+6+0=12 = 3.
18. Nama “Al-Fatihah” terdiri dari huruf Aliff, Lam, Fa, Aliff, Ta, Haa dan HA memiliki nilai huruf 1+30+80+1+400+8+5=525 @ 5+2+5=12 = 3.
19. Terdapat 3 fasa penceritaan dalam Surah ini yang memiliki 7 ayat. 3 ayat pertamauntuk Allah, 3 ayat akhir untuk manusia dan 1 ayat (yang di tengah) untuk Allah dan manusia.  Ini dinyatakan dalam sebuah hadis Qudsi riwayat AlTabrani yang bermaksud:
“Wahai Bani Adam!…Aku telah menurunkan kepada kamu 7 ayat. 3 daripadanya untuk-KU. 3 lagi untukmu. Sedangkan 1 untuk kita bersama.
Wallahualam...

*Sumber dari mirhazilazran.wordpress.com