Tiada kata secantik bahasa
nak kuluahkan
tentang tulus kasihmu
Tiada gambar seceria wajahmu
nak kupandang setiap detik dan ketika
untuk kuperoleh pahala dan keredhaan-Nya
Ibu, insan tersayang
kasihmu melebihi segala-galanya
tiada tandingan di dunia ini
tiada ternilai walau dengan apa jua
hanya doa
kupohon pada yang Esa
berilah perlindungan keselamatan
juga perlindungan kesihatan
buat bonda tercinta
lantaran kejauhan
memisahkan kita
andai aku diberi peluang
untuk menjaga dan membelaimu
di saat-saat kau perlukanku
aku rela disampingmu
kerana selagi hayat dikandung badan
tapi apakan daya
aku punya tanggungjawab
terhadap insan yang bergelar suami
namun...
dari kejauhan aku sering
menatap wajahmu
walau cuma potret
dari kejauhan juga aku sering
mendengar bicaramu
walau cuma di telefon
sungguhpun begitu
kerinduan masih bertakhta di hatiku
rindu belaian dan kasihmu
yang tak pernah
ada penghujungnya