Sabtu, 20 Disember 2014

RAHSIA WUDUK

Wuduk Dapat Menghindari Penyakit

Salah satu daripada pintu masuk kekotoran ke dalam tubuh, adalah melalui lubang hidung. Pelbagai kotoran dan debu yang berterbangan dan tidak terlihat oleh mata, boleh tersedut masuk ke dalam hidung. Tambahan pula dengan pencemaran udara yang disebabkan oleh asap kenderaan bermotor terutamanya yang tinggal di kawasan bandar.
Hal yang demikian ini,  boleh menyebabkan kesihatan kita terganggu. Oleh itu, sebaiknya kita sentiasa menjaga kebersihan hidung dengan cara membersihkannya menggunakan air, iaitu dengan cara memasukkannya (menyedut) ke dalam hidung kemudian dihembuskan kembali.

Semasa berwuduk, kita disunatkan menyedut air melalui hidung dan dikeluarkan melalui mulut. Cara ini adalah cara efektif ISPA (Jangkitan Saluran Pernafasan Akut), TBC, dan kanser secara awal.

Melalui kajian yang dilakukan oleh pakar, dijelaskan bahawa jika berwudhuk dengan sempurna akan menyebabkan seseorang itu  terhindar daripada penyakit.
Berdasarkan kajian juga,  orang yang tidak berwuduk warna hidung mereka sedikti pudar dan berminyak kerana terdapat banyak kotoran dan debu. Ditambahkanya, rongga hidung mereka itu mempunyai permukaan yang melekit dan berwarna gelap. Adapun orang-orang yang teratur dalam berwuduk, permukaan rongga hidungnya tampak cemerlang, bersih, dan tidak berdebu.

Selain itu,  jumlah kuman akan lebih banyak terdapat pada rongga hidung orang yang tidak berwuduk dan itu menjadi tempat pertumbuhan kuman penyakit.  Keadaan tersebut akan mempercepatkan pertumbuhan dan penularan penyakit-penyakit lain.
Sementara itu, orang yang sentiasa berwuduk,hidung mereka kelihatan bersih daripada kekotoran dan pertumbuhan mikroorganisma.
Dalam hal ini, ternyata wuduk mengandungi hikmah yang sangat besar manfaatnya bagi kesihatan seseorang sebagaimana sabda Rasulullah  SAW : “Sempurnakan wuduk, lakukan istinsyaq, iaitu memasukkan air ke dalam lubang hidung, kecuali jika kamu berpuasa.”
Bagi individu yang rajin berwuduk dengan melakukan istinsyaq dan istintsar (mengeluarkan air dari hidung), kemudian melanjutkannya dengan mendirikan solat, maka hal itu dapat menghilangkan 11 kuman penyakit berbahaya yang ada di dalam lubang hidung, terutama dalam hal gangguan pernafasan, radang paru-paru, panas rumatik, penyakit rongga hidung dan sebagainya.
Bagaimana jika seseorang itu tidak bersolat, pastinya tidak berwuduk.  Oleh yang demikian tidak mustahil masalah pernafasan akan berlaku.
Saluran nafas atau deria bau terdapat di hidung pada lapisan selaput lendir. Indera ini dapat menerima rangsangan berupa bau  oleh sel pembau. Sel pembau mempunyai hujung-hujung berupa rambut halus, yang dihubungkan dengan urat saraf melalui tulang saringan dan bersatu menjadi urat saraf elfektori menuju pusat pencium bau di otak. Indera ini dapat membantu indera pengecap (lidah) menaikkan selera makan.
Jika seseorang itu terkena influenza (selsema dan flu), maka deria bau akan mengalami gangguan dan akan kurang mampu dalam menerima rangsangan bau.  Disebabkan inilah kita akan kurang berselera makan ketika mengidap selesema.

Hidung juga menjadi alat penapisan. Di dalam rongga hidung terdapat rambut-rambut yang berfungsi menapis habuk-habuk yang akan masuk ke dalam hidung bersama dengan udara. Adanya indera pembau dalam rongga hidung boleh menyebabkan gas yang tidak enak baunya dan tidak berguna bagi tubuh akan dapat dielakkan.

Setiap kali orang yang berwuduk membersihkan dan membasuh hidungnya,  maka kuman penyakit seperti sinusitis atau resdung, influenza (selesema ) bronchitis, dan lain-lain akan beransur-ansur hilang.  Begitulah faedah yang boleh diambil daripada amalan membasuh hidung ini yang mempunyai makna berganda iaitu untuk kesihatan fizikal dan kesihatan jiwa.

RAHSIA SOLAT SUNAT DHUHA

 SOLAT SUNAT DHUHA





Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12tgh). Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

Waktu shalat dhuha dimulai dari matahari yang mulai terangkat naik kira-kira sepenggelah dan berakhir hingga sedikit menjelang masuknya waktu zhuhur meskipun disunnahkan agar dilakukan ketika matahari agak tinggi dan panas agak terik.

Adapun diantara keutamaan atau manfaat shalat dhuha ini adalah apa yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan Ahmad dari Abu Dzar bahwa Rasulullah saw bersabda,”Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab setiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh orang lain agar melakukan amal kebaikan adalah sedekah, melarang orang lain agar tidak melakukan keburukan adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat dhuha.”

Juga apa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Buraidah bahwa Rasulullah saw bersabda,”Dalam tubuh manusia itu ada 360 ruas tulang. Ia harus dikeluarkan sedekahnya untuk tiap ruas tulang tersebut.” Para sahabat bertanya,”Siapakah yang mampu melaksanakan seperti itu, wahai Rasulullah saw?” Beliau saw menjawab,”Dahak yang ada di masjid, lalu pendam ke tanah dan membuang sesuatu gangguan dari tengah jalan, maka itu berarti sebuah sedekah. Akan tetapi jika tidak mampu melakukan itu semua, cukuplah engkau mengerjakan dua rakaat shalat dhuha.”


Didalam riwayat lain oleh Bukhori dan Muslim dari Abu Hurairoh berkata,”Nabi saw kekasihku telah memberikan tiga wasiat kepadaku, yaitu berpuasa tiga hari dalam setiap bulan, mengerjakan dua rakaat dhuha dan mengerjakan shalat witir terlebih dahulu sebelum tidur.”