Sabtu, 27 September 2014

11 Manusia Terpilih yang didoakan Malaikat

1. Berwuduk sebelum tidur

2. Menunggu waktu solat

3. Solat di saf hadapan

4. Penyambung saf solat

5. Menyebut amin selepas imam selesai membaca alFatihah

6. Tunggu selepas solat sambil berzikir

7. Solat Subuh dan Asar berjamaah

8.Mendoakan saudara tanpa pengetahuannya

9. Bersedekah/infak harta pada jalan Allah

10. Menziarahi saudara yang sakit

11.Bersahur sebelum mula puasa


Anugerah Terindah

ANUGERAH TERINDAH

Langit membiru,
Awan memutih,
Gunung-ganang menghijau,
Subhanallah
Maha Suci Allah,
Kebesaran-Mu
Allahhuakbar
Memukau pandanganku
Lantas kupanjatkan kesyukuran
Pada Maha Pencipta
Anugerah terindah
Sepasang mata yang boleh 
melihat, memandang dan meneroka,
alam ciptaan-Mu
menghayati keindahan fatamorgana
Justeru menghargai pemberian-Mu
Adalah selayaknya
Agar anugerah terindah ini
tidak disiakan
Pandangan perlu dijaga
dari melihat sesuatu
yang tidak diredai-Mu
Ya Allah,
bantulah hamba-Mu ini
dalam mencari keredaan-Mu

Nukilan : nur irmazairi